Nik Sapeia dituduh cederakan Dr. Mahathir??? YAU MOU GAU...CHOR!!
KOTA BHARU 9 Ogos – Ahli perniagaan, Datuk Nik Sapeia Nik Yusof mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan dengan sengaja telah menyebabkan kecederaan ke atas Tun Dr. Mahathir Mohamad dan tiga orang yang lain secara menyembur bahan berbahaya.
Ahli perniagaan perikanan laut berusia 53 tahun itu dituduh melakukan perbuatan tersebut di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa di sini pada kira-kira pukul 11 pagi, 28 Julai lalu.
Nik Sapeia, disebut sebagai defendan tampil ke depan sejurus namanya dipanggil untuk menjawab pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa, Nor Farhan Abdullah.
Pertuduhan didengar di hadapan Majistret Tengku Amalin A’ishah Putri Sultan Ismail Petra yang bersidang kira-kira pukul 4.30 petang.
Nik Sapeia yang diwakili dua peguam bela, Zainal Abidin Mustaffa dan Mohd. Ilias Mohd. Noor dengan tenang menjawab pertuduhan: ‘‘Saya faham, saya mengaku tidak bersalah.’’
Ketika pertuduhan dibacakan terhadapnya, Nik Sapeia berdiri di luar kandang tertuduh kerana kes ini merupakan satu kes saman.
Mengikut pertuduhan, Nik Sapeia dituduh dengan sengaja telah menyebabkan kecederaan ke atas Datuk Ibrahim Ali, 55, Mohd. Nasir Muda, 45, Suberi Sahidan, 47 dan Dr. Mahathir, 82.
Nik Sapeia juga diberi empat pertuduhan pilihan iaitu pertama melakukan kesalahan tersebut ke atas Ibrahim, kedua ke atas Mohd. Nasir, ketiga ke atas Suberi manakala keempat ialah ke atas Dr. Mahathir.
Berdasarkan kesemua kertas pertuduhan itu, dia dituduh dengan sengaja telah menyebabkan kecederaan dengan menyembur bahan berbahaya menggunakan alat penyembur iaitu bahan yang bahaya kepada tubuh badan apabila dihidu.
Dakwaan terhadap Nik Sapeia dibuat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun, atau dengan denda, atau dengan sebat atau dengan mana-mana dua daripada hukuman itu.
Timbalan Pendakwa Raya, Shahidani Abd. Aziz menawarkan jaminan sebanyak RM10,000.
Zainal Abidin bagaimanapun membantah dengan alasan bahawa mahkamah boleh membenarkan anak guamnya diikat jamin dengan kadar lebih rendah memandangkan kes anak guamnya hanyalah kes saman dan bukan kes tangkap.
“Saya mohon jasa baik mahkamah memberikan jaminan sebanyak RM7,000 sahaja memandangkan anak guam saya hanyalah orang kena saman,’’ kata Zainal Abidin.
Majistret memutuskan Nik Sapeia dibenarkan ikat jamin sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin rakyat tempatan.
Zainal Abidin kemudiannya meminta mahkamah menetapkan 22 November depan untuk sebutan semula kes bagi membolehkan pihak peguam bela mendapatkan dokumen yang berkaitan daripada pihak pendakwa.
Ini memandangkan tarikh tersebut didapati sesuai kepada kedua-dua pihak.
Majistret Tengku Amalin A'ishah Putri kemudiannya bersetuju menetapkan tarikh tersebut.
Nik Sapeia meninggalkan mahkamah kira-kira pukul 5.15 petang setelah anaknya, Nik Fatani mengemukakan wang ikat jamin.
Nik Sapeia sebelum ini pernah ditahan oleh sepasukan anggota polis di rumahnya di Pasir Tumboh dekat sini kira-kira pukul 10 malam 28 Julai lalu sebelum ditahan reman selama empat hari pada keesokannya bagi membantu siasatan polis berhubung insiden semburan pemedih mata terhadap Dr. Mahathir.
Dia yang juga Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Kuala Krai kemudiannya dibebaskan setelah tempoh remannya berakhir 1 Ogos lalu.
Memetik laporan akhbar, dalam kejadian 28 Julai lalu, Dr. Mahathir dan beberapa orang yang lain disembur dengan sejenis bahan pemedih mata ketika bekas Perdana Menteri itu hendak memulakan ucapannya dari sebuah kenderaan pacuan empat roda sebaik sahaja beliau tiba di lapangan terbang.
Dr. Mahathir yang jelas mengalami gangguan pernafasan dan pedih mata berikutan peristiwa itu kemudiannya dibawa terus ke hotel penginapannya sambil diberi kawalan ketat oleh anggota polis.
Ekoran kejadian yang mengejutkan ramai pihak itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah mengarahkan pihak polis mengambil tindakan segera berhubung kejadian itu.
Berdasarkan kenyataan polis, seramai 27 saksi dipanggil termasuk tujuh anggota tentera dari Lapan Briged di sini bagi memberi keterangan.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home