YAU MOU GAU...CHOR!! (有冇搞..错!!): Penduduk Jerman mungkin boleh pupus?? YAU MOU GAU....CHOR!!!

Monday, January 30, 2006

Penduduk Jerman mungkin boleh pupus?? YAU MOU GAU....CHOR!!!

Penduduk Jerman mungkin boleh pupus!!

Canselor Angela Merkel gesa penduduk lahir lebih ramai anak

BERLIN: Canselor Jerman, Angela Merkel, menyuarakan kebimbangan bahawa ‘orang Jerman boleh pupus’ disebabkan kecenderungan warga negaranya tidak mempunyai ramai anak.

Usahanya menjadikan kadar rendah kelahiran bayi sebagai agenda politik utamanya bermakna ia kali pertama berlaku sejak era Nazi, kata akhbar Britain, The Daily Telegraph, semalam.

Satu pertiga wanita Jerman tidak melahirkan anak, satu statistik yang agak mengejutkan jika dibandingkan dengan negara lain di Eropah.

“Malah, di kalangan siswazah, angka itu mungkin setinggi 40 peratus,” kata akhbar itu lagi yang menambah, 100,000 warga Jerman mati setiap tahun dan setiap generasi berkurangan sebanyak satu pertiga dari segi bilangannya.

Lebih mengejutkan, selepas mengambil kira faktor kemiskinan berikutan tamatnya Perang Dunia Kedua, lebih ramai bayi dilahirkan pada waktu itu berbanding sekarang. Purata kelahiran pada masa ini ialah 1.3 kanak-kanak bagi setiap wanita, jauh daripada angka selesa iaitu 2.1.

Pemerhati tertentu menganggap trend sekarang ialah pemuda pemudi keberatan mengorbankan gaya hidup selesa dan masa luang mereka untuk membesarkan generasi akan datang.

Pihak lain pula berkata, masyarakat Jerman lebih suka wanitanya tinggal di rumah bagi menjaga keluarga dan aspek penjagaan itu tidak mencukupi serta mahal.

Selain itu, Merkel, 51, juga bukan contoh terbaik kerana beliau sendiri tidak mempunyai anak. Ditanya mengapa, beliau berkata: “Ia tidak sesuai dengan kerjaya saya.

”Tetapi, beliau sedar, perkara itu memerlukan tumpuannya sebagai pemimpin wanita pertama Jerman memperbaiki kehidupan wanita, meningkatkan kadar kelahiran dan menempatkan semula negara itu di persada ekonomi dunia dalam tempoh satu dekad.

Ketika era Nazi, wanita Jerman diberi pingat kerana melahirkan anak.

“Jika kadar kelahiran terus menurun, risikonya ialah orang Jerman akan tiada lagi,” kata Harald Michel, ketua Institut Demografi Gunaan.

Menjelang kepupusan penduduk, golongan pekerja tidak akan dapat membantu orang tua mahupun melindungi negara mereka, katanya. – Agensi

Comment:
I hope our Malaysian Chinese population will not end up like them.
Please try your best!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Free Website Counters
Free Website Counters © Copyright 2005-2008 SEE FU. All rights reserved. This material may not be published, broadcast, rewritten, or redistributed.