YAU MOU GAU...CHOR!! (有冇搞..错!!): Empat calon angkasawan berlepas ke Rusia

Friday, April 28, 2006

Empat calon angkasawan berlepas ke Rusia


SEPANG 27 April - Empat calon angkasawan berlepas ke Rusia menaiki pesawat MH20 pukul 11.30 malam ini dengan membawa harapan negara dan impian menjadi angkasawan pertama Malaysia.
Mereka ialah pakar bedah pergigian Angkatan Tentera Malaysia, Dr. Faiz Khaleed, 26, pegawai perubatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor, 34, jurutera S. Vanajah, 35 dan juruterbang Penerbangan Malaysia (MAS), Mohammed Faiz Kamaluddin, 34.
Hadir untuk menghantar mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa KL di sini ialah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis dan Ketua Pengarah Agensi Angkasa Lepas Kebangsaan (Angkasa), Prof. Datuk Dr. Mazlan Othman.
Jamaluddin memberitahu keempat-empat calon tersebut akan melalui satu lagi proses pemilihan terakhir yang lebih rumit dari segi penentuan kriteria fizikal, fisiologi dan psikologi.
``Di peringkat itu, sebahagian besar inputnya bergantung kepada kepakaran pihak Rusia.
``Sama-samalah kita tunggu keputusannya nanti yang dijangka diketahui selewat-lewatnya Jun,'' katanya kepada pemberita.
Kesemua calon akan mengikuti latihan selama dua hingga empat minggu di Pusat Angkasa Rusia sebelum dua daripada mereka dipilih mengikuti latihan selama 18 bulan di Star City Moscow.
Hanya seorang calon akan mengikuti ekspedisi ke stesen angkasa antarabangsa (ISS).

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Free Website Counters
Free Website Counters © Copyright 2005-2008 SEE FU. All rights reserved. This material may not be published, broadcast, rewritten, or redistributed.