Sah! SITI bercinta!!
Bukan gosip lagi bahawa Siti Nurhaliza sedang dilamun cinta.
Tetapi persoalannya, siapakah jejaka yang berjaya menawan hatinya itu?
AKHIRNYA penyanyi wanita paling popular, Siti Nurhaliza mula berbicara mengenai cinta. Walaupun enggan mendedahkan nama jejaka yang berjaya menawan hatinya, gadis manis ini mengakui dia sudah dewasa dan cukup matang untuk membincangkannya.
“Ya, memang saya sedang berkawan dengan seseorang,” katanya ketika ditanya jika sudah ada lelaki yang berjaya menawan hatinya. Siti ditemui ketika menghadiri majlis ‘Breakfast With The Stars’ di Kuala Lumpur, kelmarin.Terdahulu, dalam majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2005, 26 Februari lalu, Siti dalam ucapannya selepas diumumkan pemenang kategori Penyanyi Wanita Popular berkata, “...terima kasih kepada keluarga dan yang disayangi.”Kenyataan spontan itu mengundang tepukan gemuruh lebih 5,000 penonton di Arena of Stars, Genting Highlands. Malah, hos ABPBH 2005, Raja Azura sempat mengusik si jelita popular ini dengan kata-kata, “Siapa yang disayangi tu? Tak sebut nama pun!” Siti sempat mengerling nakal ke arah Kak Engku sambil menuding jari telunjuknya.Esoknya, Hip juga dihujani panggilan telefon dan e-mel yang ingin tahu sama ada gosip cinta Siti dengan seorang ahli perniagaan bergelar ‘Datuk K’ ada kebenarannya.Bagaimanapun, ketika ditanya apakah lelaki yang berjaya memiliki hatinya itu ialah ‘Datuk K’, yang sering dikaitkan dengan dirinya sebelum ini, Siti enggan menafikan atau mengesahkannya.“Jangan risau... Siti pasti akan memberitahu semua bila tiba waktunya,” janjinya yang terus cuba merahsiakan identiti buah hatinya itu, walaupun selepas dipujuk wartawan.
Begitupun, sepanjang memperkatakan mengenai soal cinta, Siti cukup ceria dan sesekali kelihatan tersipu-sipu malu.“Sebagai selebriti, saya akur ramai yang ingin tahu perkara terkini mengenai Siti. Cuma apa yang ingin saya tekankan, setiap jawapan yang Siti berikan adalah dengan kehendak Siti sendiri dan bukannya untuk memuaskan semua orang.“Apa pun terserah kepada semua untuk membuat tafsiran,” katanya yang mengaku kadang kala agak tertekan dengan soalan berkaitan jodoh, namun dia sudah cukup bersedia menghadapinya.Beberapa minggu sebelum itu, dalam majlis Malam Amal Kasih anjuran Ace Event Management Sdn Bhd, kehadiran seorang lelaki kacak yang kebetulan memakai rona baju yang sama dengan Siti menarik minat wartawan yang hadir membuat liputan.“Tolong, ini majlis amal dan saya tidak mahu komen,” lembut nada suaranya yang menolak permintaan wartawan apabila ditanya sama ada beliaulah ‘Datuk K’ yang dikatakan bertakhta di hati penyanyi ‘idaman lelaki Malaya’ itu.Lelaki yang dimaksudkan itu adalah Pengerusi Ace Group Company, Datuk Khalid Muhd Jiwa yang kemudian terus bingkas bangun beredar dan sekali lagi meminta media yang sedang mengerumuninya agar menghormati majlis.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home