YAU MOU GAU...CHOR!! (有冇搞..错!!): Mahaleel bawa kes tamat kontrak Proton ke IRD?? YAU MOU GAU....CHOR!!

Friday, February 10, 2006

Mahaleel bawa kes tamat kontrak Proton ke IRD?? YAU MOU GAU....CHOR!!

Mahaleel bawa kes tamat kontrak Proton ke IRD

KUALA LUMPUR 8 Feb. - Tengku Tan Sri Mahaleel Tengku Ariff hari ini mengemukakan kes penamatan kontraknya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Proton Holdings Bhd. (Proton) ke Jabatan Perhubungan Perusahaan (IRD), Kementerian Sumber Manusia.
Tengku Mahaleel mengesahkan terdapat pertemuan tiga pihak antara beliau, wakil IRD dan wakil Proton di sini, hari ini tetapi enggan mengulas lanjut apabila dihubungi Utusan Malaysia.
Menurut sumber yang mengetahui mengenai perkara itu, Tengku Mahaleel mengemukakan `representasi pembuangan kerja' berikutan penamatan kontrak kerjanya sebagai CEO oleh Lembaga Pengarah Proton dan berkaitan bentuk pampasan, bonus dan gratuiti.
``Perjumpaan hari ini membolehkan wakil IRD mendengar keterangan daripada kedua-dua pihak, dan mencari kaedah penyelesaian diplomasi.
``Jika sebaliknya berlaku, IRD akan mengemukakan cadangan untuk memanjangkan kes itu untuk didengar di Mahkamah Perusahaan,'' kata sumber itu lagi.
Tuntutan
Sumber itu menambah, tiada jumlah khusus dikemukakan oleh Tengku Mahaleel mengenai pampasan, bonus dan gratuiti yang hendak dituntutnya.
``Pertemuan mereka hari ini merupakan yang pertama diadakan, selepas notis mesyuarat pertama tidak menerima reaksi dari Proton manakala pada notis kedua, Proton meminta penangguhan.
``Keputusan IRD akan diketahui dalam beberapa minggu ini iaitu untuk memanjangkannya ke mahkamah.
``Mungkin juga Proton akan memilih penyelesaian luar mahkamah bagi mengurangkan kesan publisiti negatif daripada kes berprofil tinggi itu,'' kata beliau.
Tengku Mahaleel memulakan kerjaya di Proton sebagai Naib Pengerusi, Strategi dan Operasi pada tahun 1996 dan pada April 1997, beliau dilantik sebagai CEO Perusahaan Otomobil Nasional Sdn. Bhd. dan kemudiannya sebagai CEO Kumpulan Proton Holdings Berhad.
Beliau yang bertanggungjawab menjadikan Proton sebagai sebuah entiti yang memiliki aset tunai bernilai lebih RM5 bilion, termasuk kilang pemasangan canggih di Tanjung Malim, Perak telah ditamatkan secara rasmi kontraknya pada 30 September 2005.
Laporan-laporan akhbar ketika itu mengaitkan kes Tengku Mahaleel itu sebagai `tidak sehaluan' dengan aspirasi Lembaga Pengarah yang dipengerusikan oleh Datuk Azlan Hashim.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Free Website Counters
Free Website Counters © Copyright 2005-2008 SEE FU. All rights reserved. This material may not be published, broadcast, rewritten, or redistributed.