YAU MOU GAU...CHOR!! (有冇搞..错!!): Masalah reka bentuk -- Samy akui antara punca keretakan jejambat MRR2??? YAU MOU GAU....CHOR!!

Wednesday, February 08, 2006

Masalah reka bentuk -- Samy akui antara punca keretakan jejambat MRR2??? YAU MOU GAU....CHOR!!



Masalah reka bentuk -- Samy akui antara punca keretakan jejambat MRR2
Oleh: SAIFULIZAM MOHAMAD

KUALA LUMPUR 7 Feb. - Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu hari ini mengakui masalah reka bentuk merupakan antara punca keretakan jejambat Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) di Kepong.

Beliau berkata, perkara itu terkandung dalam laporan berhubung masalah keretakan yang berlaku di jejambat berkenaan.

Jejambat MRR2 sepanjang 1.7 kilometer itu dibina oleh konsortium SUKMIN-Bumi Hiway-KKM (Wilayah) berdasarkan kepada reka bentuk firma perunding Maunsel, Sharma & Zakaria.


Hasil kajian juruperunding bebas, Halcrow Group Limited dari United Kingdom yang dilantik bagi mengkaji masalah itu mendapati 31 daripada 33 tiang atau topang jejambat itu retak.


Esok, Kabinet akan diberi taklimat mengenai `kecacatan' jejambat itu.

Laporan itu disediakan oleh Ketua Pengarah Kerja Raya, Prof. Datuk Dr. Ir. Wahid Omar.

MRR2: Kementerian perjelas laporan akhbar
KUALA LUMPUR 8 Feb. - Menteri Kerja Raya Datuk Seri S. Samy Vellu pernah melaporkan tahun lalu mengenai aspek kelemahan reka bentuk dan pemasangan tiang yang tidak betul menjadi punca keretakan jejantas Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) di Kepong.
Setiausaha Akhbar menteri itu, E. Sivabalan berkata, Samy Vellu membuat kenyataan media itu di lobi Parlimen 30 September 2004 bagi menjelaskan laporan konsultan bebas Halcrow Group Ltd. yang menyiasat keretakan tersebut.
``Laporan (hari ini) telah memberi gambaran bahawa Datuk Seri Samy Vellu telah menyimpan maklumat tersebut (keretakan berpunca dari reka bentuk) daripada diketahui oleh pihak umum selama ini,'' katanya.
Akhbar hari ini memetik Samy Vellu sebagai mengakui masalah reka bentuk merupakan antara punca keretakan jejambat MRR2 di Kepong.
Samy Vellu turut mengakui bahawa sesetengah kelemahan pada reka bentuk dan faktor cuaca telah menyumbang kepada keretakan pada jejambat itu.


More news: Utusan Malaysia 1 9th FEB 06 & Utusan Malaysia 2 9th FEB 06

Comment:
YAU MOU GAU...CHOR!!! Need to pay another RM 3 million for repair work??
Really SEMI VALUE project but price is not SEMI, but FULL plus plus ++++++!!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Free Website Counters
Free Website Counters © Copyright 2005-2008 SEE FU. All rights reserved. This material may not be published, broadcast, rewritten, or redistributed.