YAU MOU GAU...CHOR!! (有冇搞..错!!): Guru ajar tuisyen boleh dibuang kerja?? YAU MOU GAU...CHOR!!

Monday, September 25, 2006

Guru ajar tuisyen boleh dibuang kerja?? YAU MOU GAU...CHOR!!

KUALA LUMPUR: Guru yang mengajar tuisyen tanpa kebenaran Jabatan Pelajaran Negeri dan beroperasi di pusat yang tidak berdaftar, boleh dikenakan tindakan tatatertib termasuk diberhentikan kerja.

Pengarah Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran, Noor Rezan Bapoo Hashim, berkata, guru terbabit juga boleh dipindahkan ke sekolah lain, tidak dinaikkan pangkat dan gaji atau diturunkan pangkat.

Katanya, semua pegawai JPN sudah diarah memantau kegiatan guru mengajar tuisyen di peringkat negeri dan daerah. Jabatan Pelajaran juga akan mendapatkan kerjasama ibu bapa untuk membantu menangani isu itu.

“Kita tidak mahu guru bertugas di sekolah sekadar untuk meraih kemudahan kerajaan seperti perubatan dan pinjaman tetapi tidak menjelaskan cukai hasil pendapatan tambahan mengajar tuisyen,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Sebelum ini, Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein meminta guru yang memberi lebih tumpuan kepada kelas tuisyen di luar waktu sekolah, berbanding ketika mengajar supaya berhenti saja daripada profesion perguruan.

Laporan media menyebut, ada guru sekolah mampu memperoleh pendapatan sehingga mencecah RM10,000 sebulan hasil mengendalikan kelas tuisyen.

Ada antara mereka hanya mengajar perkara asas dan tidak menyeluruh di bilik darjah kerana selebihnya digunakan sebagai modal untuk kelas tuisyen bagi menarik ramai pelajar.

Mengikut peraturan, guru boleh memohon untuk kerja tambahan seperti mengajar di kelas tuisyen untuk tempoh empat jam seminggu tetapi beliau percaya tidak semua guru mengemukakan permohonan rasmi kepada Jabatan Pelajaran masing-masing.

Noor Rezan berkata, pihaknya pernah memberi kata dua kepada guru terbabit membuat pilihan sama ada berhenti menjadi guru kerajaan atau guru tuisyen bagi memastikan hanya pendidik yang ikhlas kekal dalam sistem pendidikan negara.

Pihaknya sedia menyiasat sebarang aduan yang diterima daripada ibu bapa bagi memastikan guru tidak mengabaikan tanggungjawabmereka ketika mengajar di sekolah.

“Jangan berlengah untuk melaporkan kepada kami terutama jika ada guru yang secara terbuka meminta pelajar menghadiri kelas tuisyennya untuk mendapat penjelasan atau maklumat lanjut berhubung sesuatu subjek yang diajar.

“Kami sedia menyiasat, malah kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan turut dijalin untuk mengesahkan sama ada pusat tuisyen itu memiliki lesen atau sebaliknya,” katanya.

This one MOU GAU...CHOR!!!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Free Website Counters
Free Website Counters © Copyright 2005-2008 SEE FU. All rights reserved. This material may not be published, broadcast, rewritten, or redistributed.